Monday, December 7, 2020

Let bygone be bygone

Bila dilihat kembali, kali terakhir aku menulis disini masa umur 24 tahun. Sekarang dah 28 tahun. Agak lama aku tinggalkan dunia menulis.

Harini aku terpanggil kembali untuk menulis. Selepas melihat dan memerhati dunia percintaan yang semakin kejam. Ya, topik yang selalu aku tulis di blog lama aku, kini aku sentuh kembali.


Bismillah,

Bagi yang pernah ataupun sedang merasakan kecewa, sedih, putus asa, silalah baca sampai habis. Baca dengan hati terbuka, ketepikan emosi, hanya biar akal fikiran yang menilai.

Lumrah sebagai seorang manusia, salah satu keinginan kita adalah hidup berpasangan. Bilamana kita dah ada seseorang, dunia kita seakan rasa lengkap, sempurna; dan mulalah semangat untuk hari mendatang datang membuak-buak.

Tapi percayalah, selagi ianya bukan hubungan berlandaskan tali persaudaraan, sesebuah hubungan tu tidak pernah bersifat kekal.

Tahun 2019-2020 aku menyaksikan 3 orang yang paling rapat denganku, gagal dalam hubungan.

    1. Kakak aku yang paling rapat dengan aku bercerai selepas genap 10tahun berkahwin

    2. Kawan sehidup sematiku bercerai selepas 4 tahun berkahwin

    3. Sepupu rapatku bercerai selepas 6 tahun berkahwin

Percaya atau tidak, ketiga-tiga mereka telefon aku sejurus selepas cerai dilafazkan sambil menangis teresak-esak. Ya, aku menjadi orang pertama yang dihubungi untuk ketiga-tiga situasi tu. Apa aku mampu cakap? Bagi kata semangat. Selebihnya, diri mereka saja yang mampu menentukan.

Begitu juga kau! Kau saja yang mampu tentukan halatuju hidup kau

Apa yang aku cuba sampaikan kat sini bukanlah untuk sentuh isu alam perkahwinan, tetapi isu percintaan sebelum masuk ke alam perkahwinan.

Percayalah, dah aku bagi tauladan yang dah berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula hubungan sebelum kahwin.

Sayangilah diri kita sendiri sebelum sayang orang lain. Kalau kita tak mampu sayang diri kita sendiri, kita akan gagal untuk menyayangi orang lain. Vice versa. Kalau pasangan kita tak mampu menyayangi diri dia sendiri, apa kau yakin dia mampu sayangkan kau? Silap. Sebab itulah orang kata, dalam apa jua keadaan pun, semuanya kita perlu berbalik nilai kita kepada diri sendiri. 

Aku tahu bercakap amat mudah dari melalui fasa keperitan tu sendiri. Percayalah, aku pernah lalui. Sekarang aku menyesal, menyesal siakan hidup aku bersedih untuk orang lain. Cuba tanya diri kau balik, agak-agak 5 tahun akan datang kau akan rasa perasaan yang sama ke macam sekarang. Kalau kau jawab sama, bullshit. Hati manusia berubah-ubah, seperti mana kau rasa pelik macam mana hati si dia boleh berubah, macam tu jugalah hati kau. Cuma hati dia berubah lebih cepat dari kau.

Angkat kaki, move-on. Tak payah lah mengharap dengan orang yang dah taknak dengan kau. Percayalah, once kau redha dengan semua benda ni, hati kau akan lebih tenang, fikiran kau akan lebih lapang. Selagi hati kau tak tenang, selagi tu fikiran kau terganggu. Semua kau buat tak kena, semua kau buat teringatkan dia.

Allah takkan uji seseorang tu diluar kemampuannya. Jika kau diuji yang kau rasa berat sekali, itulah juga tahap kesusahan yang kau mampu tangani. Sesungguhnya Allah maha mengetahui kekuatan setiap hamba-Nya.

Apa yang aku mampu nasihat bagi yang sedang mengalami kekecewan mahupun kesedihan:

1. Fokus pada diri sendiri

Buat sesuatu yang kau suka, yang kau tak dapat buat sewaktu kau dengan dia. Aku yakin banyak perkara yang kau tak dapat buat semasa kau dengan dia. Sekarang kau dah bebas, so buat! Hargai diri  kau sendiri. Sayangi diri kau sendiri.

2. Fokus pada keluarga

Aku pernah mengalami benda ni sendiri. Dimana aku tak utamakan keluarga aku dalam segala segi. Susah, hidup tak berkat. Jadi peluang yang ada ni, fokus pada keluarga. Perbaiki balik kesilapan yang lalu. Terutama yang masih mempunyai ibu bapa. Sayangilah mereka. Itulah tiket kita ke syurga. Sayangilah keluarga kita lebih dari kita sayang orang lain. Dan akan datang, carilah pasangan yang utamakan keluarganya. 

3. Bina masa depan

Bagi yang sedang study lagi, belajarlah rajin-rajin. Sentiasalah plan untuk hidup kau dalam 5 tahun akan datang. Apa kau akan buat dalam 5 tahun akan datang? Plan betul-betul. Sehinggalah masuk ke alam pekerjaan. Kerja betul-betul, kumpul duit, senangkan mak bapak. Bantu orang susah. Bila dah buat semua tu, cinta tu confirm akan datang dengan sendiri. Percayalah. 

4. Stop bercakap, menulis, bercerita tentang dia

Selagi kau sentiasa bercakap, menulis, bercerita tentang dia (di media sosial contohnya) selagi tu lah kau dipihak "loser". Stop! Stop tunjuk kat dia kau masih inginkan dia, stop tunjukkan kau masih ingatkan dia, stop tunjukkan kau masih sayangkan dia. Sedangkan dia disana sedang bergelak ketawa dengan kehidupan barunya. Then why kau nak siakan hidup kau dengan bercerita tentang dia. Stop, get up, keep walking; or run if you can. Hari semalam hanyalah tinggal sejarah. Jangan biar sejarah menghantui diri kau. Ciptalah sejarah baru dalam kehidupan baru kau.  

5. Lupakan si dia!

Ini yang paling berat ni kan? Yes, mestilah. Tapi percayalah inilah ujian sebenar. Dia macam kau jawab test, memang susah.  Ambil masa yang lama untuk study, kena buat exercise banyak kali untuk kau fahami. Tapi kalau kau perform, kau mesti puas hati gila, happy gila. Macamtu jugalah sekarang. Memang susah, memang makan masa, tapi once kau dah lepas fasa tu, kaulah manusia paling happy kat dunia ni sampai bila kau toleh belakang tengok masa lalu kau, kau siap cakap "Bodohnya aku yang dulu."


Kalau ikutkan, banyak lagi nak bercakap. Tapi jari ni dah penat menaip dan rasa geli bila baca tulisan sendiri. Mungkin sebab lama dah tak menulis sebabtu skill menulis pun rasa macam melalut. So, ingatlah apa yang aku pesan, praktikkan semampunya. Jika kau perlukan apa-apa dari aku, jika kau mengenali aku, carilah aku. Jika tak, carilah sahabat-sahabat yang kau percaya.

Tips last dari aku, untuk kau lupakan dia. Jika masih kau susah untuk melupakan, selepas semua tips diatas kau cuba buat tetapi masih tak berhasil, inilah nasihat ataupun tips ultimate dari aku untuk lupakan si dia

BAYANGKAN MUKA DIA TENGAH BERAK SAMBIL KOREK HIDUNG.

Confirm kau tak teringin dah.

Wednesday, September 21, 2016

Let it fall

Saja, 
Saja nak menulis. Bila hati tak senang, jiwa tak tenang, fikiran melayang, inilah salah satu solusi. Dan bila mimpi tak menjadi, angan sipi-sipi, impian kau terpaksa letak tepi.

Betul orang kata kita hanya mampu merancang, tuhan maha penentu. Kalau kata-Nya jadi, maka jadilah ia, dan sebaliknya. Beberapa minggu aku merangka perjalanan hidup, berubah hanya dalam beberapa hari. Apa pun aku cuba untuk terima dan bagi aku ini adalah salah satu rahmat. Aku cuba pandang "keseronokan sementara" sebelum ini adalah dugaan, dan "dugaan sementara" sekarang ni adalah rahmat. 

It's hard to say, hard to hide. There's nothing I can do unless follow the "hopes" build up some "trusts". Maybe we think we can change the world, but the fact is we can't change the fate. Lets fate bring the great and lets great becomes our fate. InsyaAllah.

Aku bersyukur dengan keluarga yang aku ada. Seorang bapa yang sangat penyabar, sangat bertolak ansur dan sangat mempercayai aku. Dari segala segi. Seorang ibu yang terpancar dimatanya penuh pengharapan. Harta aku dunia akhirat. Dan kakak2 yang support dari belakang walaupun marah dari depan.

Semoga dipermudahkan. Sabarlah menunggu hari. Yang makannya tahun, yang halangannya berkurun. Semoga sama-sama kita perjuangkan apa yang kita impikan bersama. Bukan separuh jalan, tapi sepanjang jalan. 
InsyaAllah

Monday, April 18, 2016

Unforgivable

Susah?
Susah untuk kau kawal api kemarahan lagi-lagi bila kau memang dilahirkan sebagai seorang yang baran dan tidak mampu mengawal perasaan tu.

Mudah?
Mudah untuk kau melepaskan semua kata-kata yang kadangkala terlampau sukar untuk diterima orang lain dan adanya juga memang tak dimaksudkan dari hati cuma lidah lancang bersuara.

Sakit?
Sakitnya hati kau sakit lagi hati orang yang mendengar. Dalam melepaskan kesakitan hati kau yang keras, hati si lembut kau hancurkan sehancurnya. Hamburan kata-kata tak terkawal keluar bertubi-tubi membuatkan dia diam tak terkata.

Maaf?
Valid ke maaf tu? Lepas kau dah lepaskan kau semudah-mudahnya memohon maaf? Aku tak rasa semudah tu. Hati dia, hati kau perlu jaga. Sebab hati perempuan, ibarat sebotol kaca. Kau baling jatuh berkecai, kau gilap cantik berkilat.

Satu perkataan, UNFORGIVABLE

Nota untuk diri sendiri

Sunday, February 14, 2016

Nothing to be proud of

2016, 24 tahun

Angka semakin meningkat tapi masih tiada apa yang boleh dibanggakan. Masih lagi merangkak mencari haluan hidup. 

Dalam umur 24 tahun ni, orang lain dah mula bekerja, stabilkan ekonomi, ada yang dah stabil dah pun. Tapi aku masih dekat sini.
Ada tu dah kahwin, dah berkeluarga sendiri, ada yang dah ada anak dah pun. Tapi aku masih dekat sini.

Well, back to the basic, rezeki masing-masing tuhan dah tentukan. Aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang lagi-lagi bila dikurniakan orang sekeliling yang sangat supportive. Ya, mungkin aku pernah terleka tapi aku tetap bangun untuk buktikan yang aku mampu jadi lebih baik. Cuma dalam situasi aku, aku tak mampu kejar, aku hanya mampu boleh berusaha dalam menunggu masa.

Andai belum sempat aku bahagiakan ibu ayahku, sama ada aku dulu pergi atau mereka, barulah aku boleh digelar sebagai loser. Orang yang gagal. Sebab apa yang aku target sekarang hanya untuk mereka. Supaya tak ada satu rasa yang mereka gagal mendidikku. Walaupun bukanlah mereka yang gagal, tapi aku tau serba sedikit ada rasa tu datang dalam hati mereka. InsyaAllah, sampai masa tu.

Reborn

Entah.

Tiba-tiba nafsu nak menulis tu datang balik. Tiba-tiba rindu nak menulis, rindu nak merepek dengan jari, rindu nak keluarkan semua dalam kepala ni dengan menulis. InsyaAllah ini medium yang bakal digunakan dan mungkin juga diiktiraf bersifat kekal.

Will be updated soon!